1

1.0 PENDAHULUAN
Masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa, etnik dan juga bahasa dapat mempertahankan keamanan dan perpaduan antara masyarakat dengan mengamalkan demokrasi. Berdasarkan J. Roland Pennock (1979), demokrasi merupakan pemerintahan daripada rakyat. Ini bermaksud rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemerintah yang akan mentadbir negara tersebut. Demokrasi juga dimaksudkan dengan satu sistem yang memberi peluang kepada rakyat untuk menguasai dan memilih ketua atau pemerintah tanpa melakukan sebarang revolusi (Popper, 1992).
Demokrasi di Malaysia dilakukan dengan menjalankan pilihan raya pada setiap 5 tahun bagi memilih kerajaan yang akan memerintah negara Malaysia. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen atau demokrasi sistem pewakilan, dimana rakyat yang berumur 21 tahun keatas akan berkumpul dan membuang undi bagi memilih wakil rakyat atau parti politik yang bertanding untuk memerintah kerajaan Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan pelajar jurusan Pengurusan Pelancongan daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. Kajian ini adalah salah satu tugasan yang diberi bagi melengkapkan pembelajaran bagi subjek mata pelajaran Sejarah Malaysia (CTU555).
Kajian yang dilakukan adalah tentang Demokrasi di Malaysia menurut perspektif belia terpelajar. Kajian ini bagi memahami lebih mendalam tentang pilihan raya yang akan datang dan tentang pemahaman demokrasi berparlimen di Malaysia. Kajian ini juga dilakukan bagi mengenalpasti bahawa sistem demokrasi di Malaysia adalah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan pada cara yang betul.
Kajian ini memilih perspektif daripada belia terpelajar kerana belia pada zaman kini mempunyai hak dalam bersuara sama ada secara dalam talian atau secara langsung. Perspektif belia terpelajar juga salah satu penyebab yang akan menentukan masa hadapan dimana mereka adalah generasi yang akan memimpin pada masa hadapan. Kajian ini juga memilih belia terpelajar memberi perspektif dan fahaman mereka tentang Demokrasi di Malaysia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

?
3.0 PEMASALAHAN KAJIAN
Setiap kajian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti masalah kajian dan memperbaiki masalah tersebut. Demokrasi adalah satu sistem dimana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemerintah. Akan tetapi, demokrasi boleh memberi kesan negatif kepada sesuatu pembangunan negara dan juga keamanan negara. Demokrasi juga sering disalah ertikan oleh masyarakat sebagai hak bersuara dan disalahgunakan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah sesebuah Negara tersebut.
Sistem demokrasi memberi peluang kepada rakyat bagi memilih pemimpin yang bakal merajui sebuah Negara dan memastikan kestabilan dari segi aspek sosial dan ekonomi.Pilihan raya merupakan salah satu medium bagi memilih pemimpin yang berkualiti dan mengalas tanggungjawab dengan baik dalam memastikan keamanan sesebuah Negara.Namun, ada segelintir pengundi yang berkelayakan tidak menjalankan tanggungjawab kepada Negara dengan tidak mengundi .Hal ini boleh menjejaskan system demokrasi di Malaysia.
Demokrasi juga adalah merupakan satu sistem pemerintahan yang memberi perubahan dan perbezaan dalam pemerintahan bagi mentadbir sesebuah negara. Walaupun pemerintah dipilih oleh rakyat, sesetengah berpendapat demokrasi tidak sepenuhnya memberi penyatuan dan keadilan kepada rakyat dari semua aspek.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian dilakukan adalah untuk mencapai matlamat kajian. Matlamat kajian ini adalah untuk:

4.1. Mengenalpasti perspektif dan pemahaman belia terpelajar tentang Demokrasi di Malaysia.

4.2. Menganlisa serta memahami lebih mendalam tentang demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

?
5.0 KAJIAN LITERATUR
Demokrasi adalah suatu ideologi politik yang lahir dari evolusi pemikiran liberalisme yang menekankan kepada kebebasan dan kedaulatan yang mengagung-agungkan individualisme. Perkembangan fahaman ini dicetuskan oleh ahli falsafah Greek-Yunani. Demokrasi ialah terjemahan kepada fahaman asal liberalisme. Secara umumnya, demokrasi merujuk kepada kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang dipilih secara langsung oleh majoriti rakyat di mana rakyat diberi dan mempunyai kuasa dalam menentukan tampuk pemerintahan negara melalui sistem pilihan raya.
Asasnya, sesebuah negara untuk digelar sebagai negara demokrasi harus menonjolkan tujuh ciri-ciri utama; pertama, wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir sekali wujud badan kehakiman yang senantiasa bebas dan berkecuali (Zaini, 2006). Malaysia boleh dikategorikan demokrasi apabila telah menggunakan semua elemen yang ditetapkan.
Keseimbangan antara jumlah sokongan yang diterima dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihan raya merupakan matlamat yang terpenting di dalam sistem demokrasi berparlimen (Hairol Anuar Hj Mak Din,2013).Ia menunjukan jumlah majoriti undian kepada pemimpin .Pemimpin yang telah dipilih oleh pengundi yang melayakkan pemimpin untuk menerajui sesebuah negara seperti yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaaan Persekutuan.
Untuk mewujudkan demokrasi di Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak iaitu rakyat, wakil yang dipilih, parti politik dan juga kerjaan. Semua perkara yang menimbulkan masalah seharusnya diselesaikan di meja rundingan yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Selain itu, keputusan pilihanraya menunjukkan terdapat kecenderungan menggalakkan ke arah pembentukan sistem dwi-parti campuran yang memungkinkan pengukuhan sistem demokrasi di Malaysia.
Belia terpelajar adalah panggilan kepada belia yang mempunyai pendidikan tinggi di institusi kerajaan mahupun swasta. Rata-rata belia terpelajar berusia 18 hingga 25 tahun. Mereka termasuk dalam kategori belia menurut Akta Pertubuhan Belia 2007 yang menyatakan bahawa Belia merupakan mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun.Walaubagaimana pun belia akan kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh belia yang lain secara automatik sebaik sahaja mendaftakan diri sebagai mahasiswa atau mahasiswi di universiti.
Antara hak-hak tersebut ialah melibatkan diri dalam parti politik. Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi:15(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia. (Mohamad Safwandi Suaid, 2011).
Kekuatan kepimpinan negara masa hadapan adalah terletak ditangan generasi belia Malaysia pada hari ini. “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur “????????????????????????? ????????”, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yangakan berlaku.” (Professor Doktor Yusuf Qardhaw, 2011).

6.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilakukan pada pelajar universiti di Malaysia di sekitar Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana, kajian ini memerlukan perspektif dan pemahaman belia terpelajar tentang demokrasi di Malaysia. Pemilihan Universiti Malaya disebabkan universiti tersebut mempunyai pelajar yang bebilang bangsa dan agama. Dengan ini, kajian dapat menerima pelbagai perspektif dan pemahaman daripada belia terpelajar. Kajian ini mengunakan data primer dan juga data sekunder.

Data Primer:
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada belia terpelajar di sebuah universiti di Malaysia iaitu Universiti Malaya. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan profil responden. Manakla bahagian B pula mengandungi soalan dalam bentuk berskala. Soalan bahagian B adalah diberi untuk mengenalpasti perspektif dan pemahaman belia terpelajar tentang demokrasi di Malaysia.

Data Sekunder: