Ketamadunan dan peradaban merupakan ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makhluk yang lain

Ketamadunan dan peradaban merupakan ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makhluk yang lain. Tamadun adalah suatu istilah yang membincangkan tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintah. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan penting kepada tamadun dunia dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, falsafah, sains, ekonomi, perubatan, matematik, kemasyarakatan, bahasa dan kesusasteraan. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Sifat ini merupakan salah satu sebab agama tersebut dapat berkembang di seluruh dunia. Oleh itu, kita akan membincangkan tentang sumbangan dalam bidang perubatan, sains dan teknologi dan botani yang memimpin dunia ke arah yang beradap.

2.0 Bidang Perubatan

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dalam bidang perubatan, perubatan Islam adalah berdasarkan falsafah, konsep dan prinsip penyakit datang daripada Allah s.w.t dan mereka mempercayai Allah yang menyembuhkannya, Ajal dan maut adalah di tangan Allah s.w.t.. Selain daripada ubatan dan rawatan yang dibagikan oleh klinik, doa dan ayat al-Qur’an juga menjadi ubat untuk mengubati penyakit. Kesakitan penyakit dikatakan adalah cubaan dan dugaan Allah s.w.t untuk menguji ketabahan dan kesabaran seseorang.

Antara tokoh-tokoh Islam yang banyak menyumbang kepada bidang ini, salah satunya adalah Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi r.h. Beliau telah berjaya membezakan antara cacar dengan campak dan dapat menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan tanaman. Tokoh yang lain adalah Ibnu Sina di mananya beliau telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning. Mereka memang telah banyak menyumbang dalam bidang perubatan pada tamadun Islam.Justeru, ilmu yang berkaitan dengan cara penggunaan ubat-ubatan dan kaedah rawatan itu dikatakan sebagai ilmu perubatan.

2.1 Bidang sains dan teknologi

Dalam bidang sains dan teknologi, sains dan teknologi ialah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian emperikal. Selain itu, ia mempunyai cir-ciri, tanda- tanda dan syarat syarat khas terhadap pengetahuannya. Dalam kata Prof. C.H Waddington , ” Sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia dan suatu cara hidup “. Definisi terhadap teknologi ialah pengunnaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali dan sains gunaan iaitu ilmu sains digunakan untuk mencapai tujuan practical. Bidang sains dan teknologi telah membantu dalam membuat ramalan dan juga memberi banyak sumbangan kepada perabadan dunia.

Sains dikategorikan kepada beberapa kriteria,sebagai contoh astronomi,biologi,fizik dan lain-lain. Antara satu sumbangan tamadun islam dalam peradaban dunia adalah astronomi. Astronomi ialah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Percapaian Islam dalam bidang astronomi ini sangat cemerlang sampai mereka mempunyai banyak makmal-makmal astronomi di bandar-bandar yang besar seperti Baghdad pada zaman Abbasiyyah. Umat islam pun berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pegiraan dan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang astronomi.

Selain daripada makmal astronomi yang berbanyak, orang islam pun telah menterjemah banyak karya-karya Yunani,Parsi,Syria dan India kepada bahasa Arab dan semua ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam. Sumbangan ini dibuktikan penting pada tahun 1935 apabila International Astronomical Union menamakan formasi gunung-gunung di bulan dengan menggunakan nama tokoh astronomi Islam seperti al-Farghani(al-Faraganus), al-Battani(al-Bagtanius) dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang ini ialah Ibrahim al-Fazari al Munajjam. Dalam kepentingan mempertingkatkan kajian bidang astronomi, beliau telah menghasilkan buku-buku panduan seperti Kitab al-Wasidah Fi’Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij ‘Ala Sini al-‘Arab.

Di samping daripada bidang astronomi, tamadun islam pun telah membuat sumbangan kepada teknologi dalam peradaban dunia. Bidang matematik merupakan satu sumbangan yang penting kepada teknologi kerana ia banyak membantu dalam mengira dan untuk mereka bentuk sesuatu benda. Sarjana islam memajukan perkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang ini sehingga mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Ilmu matematik di Andalusia ini mempunyai hubungan yang rapat dengan astronomi.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah Abu Habbah bin Ubaidah. Beliau seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman permerintahan Khalifah Abd Rahman II. Beliau terkenal dalam bidang geometri dan matematik Ikhwan al-Sada ke Andalusia yang dikenal sebagai huruf al-ghubbar. Oleh yang demikian, sarjana matematik Andalusia juga telah memperkenalkan trigonometri sfera yang tidak diketahui oleh orang Greek.

2.3 Bidang Botani

Bidang Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan. Oleh dengan demikian, dalam bidang botani mereka mempelajari semua cabang ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan, metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu.

Umat Islam telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang botani. Ini dapat dibuktikan melalui taman-taman bunga yang cantik yang terdapat di Cordova,Kaherah,Baghdad dan Fez. Para saintis Islam berminat dalam kajian botani kerana kebanyakan ubat yang digunakan untuk rawatan dan pemulihan berasal dan datang daripada sumber tumbuhan herba dan pokok-pokok ubatan. Ibn Arabi menulis buku tentang botani. Buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan diterbitkan oleh al-Ghafiqi. Ibn Sina mengulas tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn al-Baytar telah menyusun buku tentang 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuhan dan bahan galian. Karya botani yang berkaitan dengan perubatan bagi membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuhan yang berkhasiat untuk perubatan telah dihasilkan.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kedatangan Islam di peradaban dunia telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan masyarakatnya sehingga telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam dalam kalangan mereka secara berkesan. Tambahan pula, mengangkat martabat mereka kepada tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik dalam kalangan individu, keluarga ataupun masyarakat. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat di peradaban dunia seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.